Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin
Perjalanan raya tahun ini memang satu sejarah perjalanan paling jauh dan lama. Hampir satu Semenanjung Malaysia kami travel, kecuali Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tengok meter kat kereta tadi, lebih kurang 2300 kilometer untuk travel selama 8 hari.
------------------------------------
Alhamdulillah, kali ni berpeluang (giliran?) balik beraya ke Terengganu. Sebelum tu sempat pulang ke Bukit Mertajam berpuasa 2 hari di rumah mama.
Kali ni kami cuba travel thru laluan baru, biasanya balik menerusi Lebuhraya Timur Barat, route kali ni :
- dari Perlis terus naik PLUS Highway sampai Simpang Pulai - dari Simpang Pulai naik ke Cameron Highland langsung ke Gua Musang - Gua Musang menuju Kuala Krai dan masuk highway baru Ke Kuala Berang (rupanya highway baru ni belum gazet lagi, patutla kereta macam xde langsung, dah la lalu waktu malam, gelap gelita sangat, pastu dengan signboard arah tuju pun xde, memang menakutkan juga la takut terpatah balik ka apa ka atau tersesat masuk Felda mana-mana, akhirnya sampai juga ke Terengganu sepelas memandu selama hampir 12 jam sejauh hampir 700 km !
Kesimpulannya, laluan ni tak sesuai untuk orang Perlis, tapi amat sesuai untuk orang dari Perak. Biasanya kalau lalu kot Lebuhraya Timur Barat dalam 500 km jer, beza dekat 200 km. Memang adventerous betul konvoi kali nie.
Hadapan Masjid Kristal, simbol Islam Hadhari, Terengganu Bestari, nak jugak tengok Masjid Kristal yang diwar-warkan orang selama ni, bila tanya, orang Teganu sendiri pun tak pernah pergi lagi Masjid Kristal nih... Ada orang komen sesuatu tentang gambar ini. Huhu. Full set, family Wan Muda Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami keluarga Wan Muda Geng jejaka bergambar dengan Tok Cek Gambar jejaki dengan Tok Cek Kediaman Makcik Chah, tempat kami berkampung sepanjang cuti raya Keluarga sebelah uumi, Ayah Teh, Chummah Pose aweks "Teganu Kite", boleh buat cover poskad raya tahun depan Selepas beraya di Terengganu kami meneruskan tour de raya ke KLIA untuk hantar Aisyah pulang ke Ireland Lajak sehari lagi...sambung lepak kat Concorde Shah Alam pula Tasneem dapat katil besar.......ummi dengan baba tidor bawah tau !! Labels: famili |