IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Aug 29, 2003

WAN SAIFUDDIN WAN MUDA
2550, KM 2, JLN PDG NYU, 02600 ARAU, PERLIS
TEL: 012-5366879 / 04-9867137
E-MAIL: saif98@pd.jaring.my, http://saifz.blogspot.com


28 OGOS 2003


Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran
Institut Teknologi Tun Abdul Razak
Jalan 65C, Off Jln Pahang Barat
Peti Surat 12054
53000 Kuala Lumpur


JAWATAN PENSYARAH DI ITTAR

Merujuk kepada perkara di atas, saya Wan Saifuddin Wan Muda mengucapkan ribuan terima kasih kepada ITTAR kerana menawarkan saya untuk berkhidmat sebagai Pensyarah (Akaun) di ITTAR Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab tertentu saya tidak dapat menerima tawaran tersebut. Namun begitu, saya memohon dipertimbangkan untuk berkhidmat di mana-mana ITTAR di sekitar utara Semenanjung Malaysia iaitu ITTAR Alor Setar dan ITTAR Prai sekiranya terdapat kekosongan di sana kelak atas budi bicara pihak ITTAR.

Saya memohon berbanyak kemaafan di atas kesulitan yang dialami oleh pihak ITTAR bermula dari proses memanggil temuduga, sesi temuduga hingga kepada saat keputusan ini dibuat. Kesulitan yang dialami oleh pihak ITTAR amatlah dikesali sama sekali.

Saya doakan ITTAR terus Komited Terhadap Pembelajaran.

Sekian.


Yang benar,


WAN SAIFUDDIN WAN MUDA


Aug 24, 2003

Semalam, ceramah penghayatan kemerdekaan di masjid, penceramah:ustaz ismail batubara ada menyentuh perihal NIKMAT. Beliau membawa satu anlogi yang cukup membuatkan aku terkesan....katanya kejadian NYAMUK yang kecil itu sebenarnya memberikan NIKMAT yang telalau banyak kepada kita sebagai manusia....

kerana adanya NYAMUK lah......ada orang cipta ubat nyamuk, lalu ditubuhkan kilang ubat nyamuk. NYAMUK telah mencipta peluang pekerjaan yang sungguh banyak untuk pekerja-pekerja di kilang ubat nyamuk. Begitu juga dengan penciptaan kelambu untuk menghalang NYAMUK.

Bagaimana pula pusat-pusat kajian tentang penyakit denggi,aedes dan sebagainya yang berkaitan dengan NYAMUK. Ini juga membuka peluang kepada para pegawai kesihatan juga doktor untuk mengkaji perihal NYAMUK. Bakal doktor belajar tentang NYAMUK yang disyarahkan oleh profesor di universiti.

Ini baru dengan kejadian NYAMUK....NIKMAT yang dapat dikecapi oleh manusia sudah terlalu banyak dengan NYAMUK sahaja. Lalu bagaimana pula dengan NIKMAT-NIKMAT yang lain..?? Apakah kita sedar selama ini kita dianugerahkan NIKMAT yang tidak ternilai harganya...lalu adakah kita berSYUKUR atas pemberian NIKMAT tersebut..???...benarkaH orang selalu mengatakan NIKMAT biasanya hanya akan dirasai pabila NIKMAT itu sudah hilang atau sudah tiada...makanya barulah terasa betapa berharganya pemberian NIKMAT tersebut........


Aug 14, 2003

�It�s hard to imagine a day when I�m not using Google for something. I can almost always find what I�m looking for on the first or second page of results. It�s almost like black magic.� � a 37 year-old marketing executive in Silicon Valley

�It�s way too powerful. It�s scary because if Google drops you, you could be out of business in no time.� � Daniel Brandt, a fierce Google critic who started a website to air his misgivings.

Musafir � setuju sangat..!!! GOOGLE banyak membantu dalam kerja-kerja assignment terutamanya sepanjang pengajian degree dahulu, juga master sekarang. Yela�kalu esok nak kena hantar assignment, malam tu baru nak start buat, tanpa GOOGLE..agak sukar walau tak mustahil untuk siapkan assignment tersebut. Aku cuba taip word �SAIFz� dalam kotak search GOOGLE����.nah memang terbukti�. http://saifz.blogspot.com yang pertama muncul!!!!

Aug 9, 2003

Suspen betul. Betul-betul tengah-tengah roundabout. Tetibe jer, enjin kereta tersangkut-sangkut. Aku dah agak dah.....Senyap. Enjin mati. Sah. Minyak habis. Masatu on the way nak pi ambil student Maktab untuk program qiam kat Arau. Mujur stesen minyak dekat. Isi minyak dalam 5 botol mineral. RM 4.60. Berapa liter pun tak tau.. Tengah-tengah roundabout lagi tu..........semua orang pakat tengok episod cemas seorang aku yang cuba berpura-pura tenang. Alhamdulillah.......boleh start akhirnya. Bukan apa, dulu rasanya had limit paras bahaya bawah lagi. Dekat-dekat huruf E. Kalini takdela rendah sangat.

Pengajaran..............jangan bertangguh isi minyak. Asalnya cadang nak isi esok dekat Shell. Nak isi penuh. Pastu leh swipe BonusLink. Tu yang bagi kosong dulu tu. (BonusLink dan Shell berjaya dalam misinya utk menjadikan aku sbg pengguna setia mereka. Tertipukah aku????)

Rupanya ........perancangan kurang berkesan. Kita merancang. Allah juga merancang. Dan DIA lah perancang (Architect) yang terbaik.

PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com