|
Jan 23, 2004 |
|
SELAMAT HARI LAHIR
Buat isteri terCINTA.......
Selamat Ulang Tahun ke - 25. Abang tak tau nak kasi hadiah apa. Ini ajer yang mampu dan terdaya kufikirkan. Hehe.
Terimalah dendangan lagu dari Saujana.
SELAMAT HARI LAHIR
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku Isteriku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku Isteriku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
Sori. Nak UPLOAD MP3, tapi tak berjaya la. Adus. Tensen nyer. Dengar IKIM.fm aje la......!!! HehE.
|
|
|
Jan 19, 2004 |
|
RIADHAH : MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI
Dah lama sebenarnya tak berbasikal. Harini berjaya menguatkan tekad, lalu berkayuhlah ke Mata Ayer. Anggaran jarak : 5km. Lega rasanya walaupun xdela peluh sangat. Mungkin sebab peluh habis keluar masa main bola kat UUM semalam kot. Kalah pulak tu. Hehe.
Insha Allah lepas nie akan digandakan kilometer lagi. Lebih kilometer lagi�..bak kata promo iklan Shell.
Teringat akan hadis Nabi s.a.w. : Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah s.w.t. daripada orang mukmin yang lemah
Salah satu cara untuk kuat ialah dengan menjaga kesihatan. Senaman adalah aktiviti yang baik untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri. Senaman ada baik ada prinsipnya. Laman web Kementerian Kesihatan menggariskan satu prinsip yang dinamakan FITT.
F - Frequency
3 - 5 kali seminggu
I - Intensity
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa
T - Time
Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan)
T - Type
Aerobik, bersukan (contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal)
Satu lagi prinsip yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah kaedah pencegahan.
�Mencegah lebih baik daripada merawat�
Sila ke Laman Web BMI untuk mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) untuk melihat samada anda mempunyai berat badan yang unggul atau tidak.
BMI merupakan singkatan kepada �Body Mass Index� atau Indeks Jisim Tubuh di mana ianya merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul.
Petikan dari laman web tersebut :
Berjalan kaki selama 30 minit satu hari atau sekurang-kurangnya 3 jam dalam seminggu adalah sangat baik untuk jantung anda dan dapat membantu menjaga tahap kesihatan anda. Mulakan dengan 15 minit sehari untuk selama 5 hari dan tambahlah 5 minit setiap minggu hinggalah anda dapat melakukan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit sehari. Ingat, dalam hal ini, anda harus membiasakan diri, berdisiplin dan berusahalah untuk konsisten melakukan aktivit bersenam ini setiap hari. Jangan biarkan rasa malas membuat anda berhenti, kerana sekali berhenti biasanya anda sukar untuk memulakannya lagi.
Insha Allah, aku bertekad untuk melakukannya, tetapi dengan berbasikal. Berjalan kaki atau berjogging ni, rasanya susah sket. Tapi peluh lagi banyak berbanding dengan berbasikal.
|
|
|
Jan 16, 2004 |
|
KE KL LAGI : HANTAR TENDER
Semoga berjaya. Setelah bertungkus lumus, akhirnya tender Kerja Pembangunan Kota Kayang II yang kami masuk dengan harga RM 2, *99,969.50 itu kumasukkan dalam Peti Tender di Muzium Negara. Selesai sudah urusanku. Baru pukul 11.30 pagi. Flight balik pukul 6.55 petang. Nak buat apa kat Kotaraya KL nie.
- Pi Medan Mara ambil borang yang dipesan oleh isteri
- Merayau menjamu mata di Pustaka Mukmin. Beli buku Usul Dakwah ? Islam & Dakwah. Karangan Dr. Abdul Karim Zaidan. Terbitan Pustaka Salam. Cetakan 2002. Harga RM 33.00 setelah ditolak diskaun RM 2.00. (Dulu dok pakai buku lama, Versi Indon...hehe. Enggak paham la......)
- Ambil LRT ke PWTC. Tak jadi berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Solat Jumaat dan Jama' 'Asar di Masjid di Perkampungan Indonesia, dekat dengan The Mall. Khutbah disampaikan oleh Khatib Indonesia. Yang menariknya disampaikan secara spontan. Best. Kandungannya mudah difahami, jelas dan bertenaga. Bukan baca teks macam kebanyakan khatib di masjid lain.
- Ambil Monorail ke Imbi. Berlegar di Low Yatt Plaza. Setelah puas meronda, beli satu Flash Drive untuk ayah. Dah lama dia pesan, sejak aku pi KL haritu lagi.
- Bergegas ke KL Central. Sempat naik ERL KLIA Transit jam 5.03. Turun Putrajaya. Tunggu ERL lagi satu untuk ke KLIA. Jimat banyak ooo. Kalu ambil ERL direct, kena RM 70 pergi balik. Dengan cara VISIT PUTRAJAYA ni, kena RM 20 jer. Tapi lambat la sket. Lambat dalam 30 minit jer. Berbaloi la kalu xnak rushing. (satu lagi teknik yang aku nak tau...boleh tak naik KLIA TRansit dr KL Central ke KLIA, tapi xyah turun Putrajaya dan bayar hanya RM 10)...boleh ka?....)
- Sampai kat Airport Kepala Batas dekat pukul 8.00 malam. Solat Jama' Maghrib dan Isya' di surau baru kat Kompleks Haji Lapangan Terbang Sultan Abd Halim. Wahhh. Hebat orang Kedah sekarang nie, boleh pi Mekah direct dari Alor Setar. Tak payah lagi ke Kuala Lumpur, bermalam di Kelana Jaya.
- Sampai rumah jam 9.30 malam. Sampai lewat pun xper?..sebab roommate xde. Hehe. Ada mukhayyam kat Harvard Resort Gurun katanya.
|
|
|
Jan 12, 2004 |
|
ISLAH YANG KUTINGGALKAN SEJAK 1991
Perjalanan pulang ke rumah mertuaku kali ini membawa kami bersinggah dan bertemu dengan rakan sekelas waktu sekolah rendah (baca: Sek. Ren. Al-Islah) dahulu, Jamilah Hj Yusof sekaligus dapat melihat tinggalan dan perubahan ke atas tempat di mana aku menimba ilmu, mencorak suka dan duka yang memang tak dapat dilupakan. Kenangan yang sugguh manis dan indah. Kenangan zaman persekolahan.
Taman Setiabudi, tetap seperti dahulu. Dengan perlahan kupandu kenderaan melalui jalan kecil bertar menuju ke sekolah. Kebun getah tempat kami mengutip dan beradu kekuatan biji getah sudah cerah dan didirikan rumah-rumah. Kedai Abang Din tempat pelajar-pelajar asrama bersinggah pekena laksa dan rojak sengkuang masih ada cuma diusahakan oleh orang lain, khabarnya adik ipar Abang Din juga. Yang ada cumalah sebuah bangunan kelas yang bersambung dengan pejabat yang kini dijadikan rumah sewa oleh KP Haji Yusof. Manakala deretan kelas yang satu lagi telah dijadikan garaj dan stor. Yang ada cumalah banglo KP Haji Yusof tersergam indah, pohon jambu yang menjadi teduhan kami manjamu laksa dan bihun sup kala waktu rehat persekolahan dulu dan juga alang kayu yang menjadi kerusi kantin dulu. Banyak pahala HJ Yusof dapat tuh dengan memberi tanahnya untuk dibina sekolah, tempat para guru mencurahkan ilmu, tempat dimana para pelajar diberi pendedahan tentang Islam, dunia dan kehidupan. Semoga ALLAH memberi ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan HJ Yusof itu.
Terkenang kembali saat sama-sama menghafal AL-QURan di bawah pohonan jambu. Terima kasih ustaz-ustazah yang susah payah mendidik dan mengasuh kami. Jasa kalian hanya ALLAH yang dapat membalasnya. Aku akur bahawa kebanyakan hafalan QURAN yang masih aku ingati hingga ke hari ini adalah apa yang aku hafal sewaktu sekolah rendah dulu. Hafalan bawah pohonan jambu. Sungguh. Ianya lekat dalam memori ini, tidak seperti hafalan kala usia sudah menginjak seperti sekarang yang agak susah nak lekat.
Satu lagi tempat yang masih ada ialah Madrasah Lama (dr dulu lg dah jd masrasah lama), sekarang jadi Madrasah Tua la kot. Di situlah kami berjemaah setiap pagi selepas perhimpunan untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha. Kalau dulu boleh lakukan setiap hari, kenapa sekarang tak boleh?
KAIFIAT SOLAT DHUHA
Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan ialah 2 rakaat.
Tiada ditemui riwayat tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW. dalam solat ini. Antara surah yang dianjurkan ulamak ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau As-Syams dan Ad-Dhuha.
Sebelum ke rumah Jamilah Hj Yusof, sempat bersolat di Masjid Barakah. Masya Allah.Subhanallah, tersergam indah dengan dilengkapi 10 biji air-cond. Rasanya ini masjid ber air-cond yang pertama pernah aku jumpa di negeri Kedah ini. Dari perbualanku dengan seorang abang disitu, khabarnya tiap-tiap malam diadakan kuliah dengan tenaga pengajar dari serata Kedah da Pulau Pinang. Tunggu orang nak mai dengar ceramah jer, tok guru dah ada, cuma dok tunggu anak buah jer untuk dengar ceramah dan kuliah, kata abang tu. Tapi Alhamdulillah, rmenurut abang tu lagi, amai jugaklah jemaah yang mengimarahkan masjid tersebut. Taklah gah dengan air-cond nyer saja.
Yela. Malaysia kita ni kan kaya dengan khazanah masjid-masjid yang indah, gah dan permai. Tercanggih di dunia la. Terbesar di Asia la. Di Perlis saja pun khabarnya ada lebih 100 buah masjid. 100 buah masjid!! Tu dalam Perlis, negeri terkecil di Malaysia! Apa yang aku dok bebelkan pasal masjid nie? Hmmm. Kesimpulannya JOMLA KITA KE MASJID (tuju kat diri sendiri ni). |
|
|
Jan 10, 2004 |
|
RAHSIA DALAM RAHSIA MAUNAH � KEBENARAN YANG SEBENAR
Fuh. Lega�.Hampir sebulan lamanya, dapat jua akhirnya kuhabisi pembacaan buku Rahsia Dalam Rahsia MAUNAH � Kebenaran Yang Sebenar, tulisan Zabidi Mohamed (penulis buku Arqam Tersungkur Di Pintu Syurga).
Diskripsi Buku
Tajuk : Rahsia Dalam Rahsia MAUNAH � Kebenaran Yang Sebenar
Penulis : Zabidi Mohamed
Penerbit : Zabidi Publication
Tebal Buku : 339
Harga : RM 19.90
Edisi Cetakan : Nov 2003
Buku ini memperihalkan dengan terperinci tentang hakikat sebenar yang berlaku dalam Tragedi Al-Maunah yang pernah menggemparkan Malaysia suatu masa dahulu malahan masih dibicarakan hingga ke saat ini. Penulis yang merupakan salah seorang dari peguam tertuduh Al-Maunah telah membicarakan dengan panjang lebar teka-teki peristiwa Sauk yang menurut bekas peguam itu adalah berpunca dari sifat TAKSUB yang melulu terhadap pemimpin.
Membaca buku ini sekaligus mengalih persepsiku yang selama ini tutur termakan dengan propaganda yang mensensasikan kejadian Al-Maunah tersebut sebagai sandiwara. Bahkan selama ini pun aku memang jarang mengikuti dengan teliti isu-isu berkaitan Al-Maunah ini sebab �malas�� untuk mengambil tahu perihal apa yang dikatakan �sandiwara�� itu. Apatah lagi ianya merupakan kes yang paling panjang dibicarakan dalam sejarah pengadilan Malaysia iaitu selama 15 bulan, terpanjang selepas kes mantan TPM Anwar Ibrahim.
Menurut penulis, apa yang dapat saya fahami secara kesimpulannya penulis ingin menyatakan bahawa peristiwa Al-Maunah tersebut bukan sandiwara, tapi kerana bahana TAKSUB PANJANG yang melulu terhadap pemimpin dan ajaran yang diamuti. Semuanya memang dirancang oleh Amin, ketua Al-Maunah, cumanya pengikut-pengikut Al-Maunah yang tidak mengetahui apa yang dirancangkan oleh ketua mereka. Ketaksuban mereka terhadap pemimpin akhirnya membuatkan mereka terperangkap hingga membawa kepada pertuduhan yang tidak pernah digunakan dalam sejarah perundangan Malaysia iaitu dengan tuduhan melancarkan peperangan kepada Yang Di Pertuan Agung Malaysia yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati dan penjara seumur hidup. Semua ini angkara TAKSUB��� Bukan sandiwara sebagaimana yang difahami.
Tak larat nak ulas panjang-lebar. Untuk menyelami denga lebih mendalam, silalah dapatkan buku tersebut yang kini berada di pasaran.
|
|
|
Jan 3, 2004 |
|
BLOGGER : �ENTA NIE MUSAFIR KAN?
Langsung tak terduga, kedatangan teman-teman dalam misi JAULAH mereka ke Perlis kali nie menemukan aku dengan blogger yang selama ini hanya dikenali menerusi wadah maya sahaja. Hukamak dan Kamal San! Seronok jumpa antum semua. Cuma x sempat kenal dengan alJabal dan haridah(jumpa raiyan ajer) yang turut serta dalam JAULAH tersebut. Ternyata blogger sebegini mampu menemukan dan mengeratkan ukhuwwah samada secara maya atau realiti.
|
|
|
|
|