IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Apr 18, 2004

MELAWAT KE UUM

Lepas hantar ummi dan adik naik flight ke KL, kami meneruskan acara ke UUM. Lama dah tak �melawat� UUM. Memula sekali p HEA ambil kad pintar. Kemudian ke perpustakaan. Sempat pinjam 4 buah buku yang diambil dari rak buku terkini. Aku jd orang pertama pinjam buku tu. Mula tu ingat tak boleh pinjam, sebab status aku kan �extend�. Mujur boleh, maybe diorang x update kot maklumat yg kata aku �extend� atau mmg student �extend� pun dibenarkan pinjam buku.

Buku yang aku pinjam :

1. The 100 Gretaest Idea For Building Your Career
2. How To Really Start Your Own Business
3. Totally Tasteless Photoshop Elements
4. Instant Genius! Internet Research

Kempunan nak pinjam buku 100 Ways To Save Tax In Malaysia, haritu tengok kat MPH, mahal nak mampoih�.dekat seratus rasanya. Ada orang dah pinjam plak dah buku tu. Ada satu jer plak tu kat perpustakaan UUM tu.

Niat utama nak ke perpustakaan tu adalah untuk review tesis master yang dok tersimpan dalam khazanah library tu. Ketat jugak kawalan depa. Boleh pinjam satu jer dalam satu masa. Tapi yang geram dan kecewa adalah sebab tak dapat tengok tesis yang aku cari. Librarian tu kata takdak. Tak jumpa cari. Aku letakkan tajuk tesis tu kat bawah ni ek. En. Librarian, nanti kalu dah jumpa, bagitahu saya yer. Kalau tak jumpa gak, kena jumpak penulis tesis tu sendiri ler gamaknya.

1. The Law relating To Ar-Rahn in Islam : A Comparative Study Of The
Operational Of Ar-Rahn in Terengganu, Kelantan & Bank Rakyat
� Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah
2. Mudarabah & Musharakah Principles Under Shariah : A Comparative Study
Of Partnership under English & Malaysian Law � Asiah Bidin

Dapat review satu tesis PHD dengan tajuk Faraid In The Pahang State Of Malaysia : Theory & Practice. Sepintas lalu tu, tengok macam senang jer. Rasa macam boleh buat jer. Hehe. Ada satu tesis Master aku tengok tu, sekali baca macam tesis kecil aku masa aku degree dulu jer. Maksud aku, skop yang dikaji oleh penulis tu la. Tajuknya : Acceptance & Usage Of Internet Technology Among Lecturers of Public University in Malaysia � Shahifol Arbi Ismail. Yang best nya tu, tesis tu dibuat untuk Master In Accounting. Skop cam tu pun boleh buat tesis Master ? Awat la tak habaq kat aku awal-awal dulu. Hehe.

Terpandang satu tajuk tesis PHD yang lagi best. The UMNO 1981 � 1991: A Study Of The Mechanics Of A Changing Political Culture � Ahmad Fauzi Mohd Basri. Patut la selama ni aku dok dengar orang kata yang NC UUM nie mmg pro-UMNO. Tesis PHD dia buat pasal UMNO rupanya. I wonder, ada dak org lain buat tesis PHD atau MASTER tentang PAS ka, KEADILAN ka, DAP ka, MIC ka?


Apr 14, 2004

ROKOK

Fatwa Negeri Perlis jelas menyebut bahawa MEROKOK adalah HARAM.

Situasi 1
Masa memandu satu petang balik dari dari kerja, selisih dengan tok imam masjid X. nampak
dia merokok.

Situasi 2
Dah memang selalu sangat. Lepas solat Maghrib berjemaah, tok imam masjid Y dan sebilangan anak jemaah lepak kat tangga masjid sambil hisap rokok.

Fatwa Negeri Perlis dah termaktub MEROKOK adalah HARAM. Tapi macamana depa boleh pi lantik tok imam masjid dari kalangan perokok?

Musykil. Ini sama macam kes letak tanda amaran MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN - AMARAN KEMENTERIAN KESIHATAN pada kotak rokok ler kot. Pelik betul polisi kita nie kan?

Apr 11, 2004

CONCENTRATE ON RESULTS, NOT ON BEING BUSY

At the heart of time management is an important shift in focus:

Concentrate on results, not on being busy

Many people spend their days in a frenzy of activity, but achieve very little because they are not concentrating on the right things.

This is neatly summed up in the Pareto Principle, or the '80:20 Rule'. This argues that typically 80% of unfocussed effort generates only 20% of results. The remaining 80% of results are achieved with only 20% of the effort. While the ratio is not always 80:20, this broad pattern of a small proportion of activity generating non-scalar returns recurs so frequently as to be the norm in many areas.

Apr 10, 2004

SELAMAT PENGANTIN BARU

Perkara : Majlis Kenduri Perkahwinan
Venue : Arau, Perlis � rumah pengantin perempuan
Masa : 12.00 - 5.00 petang
Kehadiran : 1,500 tetamu

Doa Untuk Pengantin

Barakallahu Lakuma wa Baraka �Alaikuma wa Jama �a bainakuma fi Khair
Semoga ALLAH memberkati kamu berdua & memberkati hidup kamu berdua
& mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan



Majlis Akad Nikah...




Majlis Kenduri Perkahwinan...




Aku pun nak bergambar dgn pengantin gak...




AKU TERIMA NIKAHNYA

Aku terima nikahnya Wan Khadijah Wan Muda dengan mas kawin RM..... tunai

Sah. Alhamdulillah. Ijab kabul diterima. Termeterai sudah satu ikatan.

Selamat pengantin baru buat adikku dan rakanku. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Bahagia selamanya........

Apr 5, 2004

DERMA SESAMA INSAN - http://faiz04.cjb.net/

Dari Abu Hurairah r.a, "Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali melalui tiga perkara iaitu sadaqatul jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain atau anak yang soleh yang mendo'akan untuknya". Riwayat Muslim

Sayu hati melihat penderitaan yang dialami adik Faiz dalam edisi Siasat NTV7 semalam. Ibubapa mereka memerlukan RM 300,000.00 untuk pembedahan ke atas penyakit hati yang kronik (Biliary Atresia). Kalau dapat 300, 000 orang atau 15% dari populasi rakyat Malaysia yang menghulurkan RM 1 insha Allah dana sebanyak yang diperlukan dapat dikumpulkan. Adik Faiz perlu menjalani pembedahan dalam masa 5 bulan dari sekarang. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, tak perlu kita bersusah payah tulis cek atau ke bank untuk menderma, hanya sekadar menerusi klik tetikus di computer.

Derma boleh disalurkan melalui No Akaun berikut :

A/C : Zurita Mat Adanam (Ibu Faiz)
112080466857 Maybank

atau melalui cek berpalang / kiriman wang kepada :

Fadhil b. Muhamad, 2J Persada Damai Alam Milenia 1, Enstek 71780 Labu, NSDK.
Apr 1, 2004

CUTI DEMAM

Tidur lepas Subuh � jgn amalkan�!!!
0800 � jaga, rasa panas dalam badan
0845 � call ofis, maklumkan ambil cuti
rehat
1700 � ke Jitra ambil adik kat sekolah
1800 � hujan, kereta depan lambat signal, brek mengejut, hampir tergelincir Unser, mujur kereta depan lajak ke depan�Alhamdulillah�syukur
1830 � mesin rumput siap untuk menjalankan tugas, servis � RM 8 kat kedai motorsikal
Sepanjang hari � lebih 8 kali rasanya format + install Windows XP, tetap gagal��esok kena hantaq kedai gak�!!!!
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com