IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Oct 18, 2004

WAN RAIYAN NUSAIBAH

NUSAIBAH dinamakan bersempena dengan nama seorang sahabiyyah Nabi S.A.W. iaitu Nusaibah Binti Ka'ab yang dikenali dengan nama Ummu Umarah. Beliau adalah seorang wanita kaum Ansar.

Nusaibah adalah salah seorang wanita yang telah turut serta bergabung dengan 70 orang lelaki Ansar yang berbai'ah kepada Rasulullah S.A.W. Dalam bai'ah Aqabah yang kedua itu, dia bersama dengan suaminya Zaid Bin Ahsim dan dua orang puteranya Habib (dibunuh oleh Musailamah) dan Abdullah (perawi hadith wuduk) telah membuat janji setia kepada Rasulullah S.A.W.

Nusaibah telah turut serta dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyah, Umrah Qadha', Perang Hunain, Perang Yamamah di mana tangannya terpotong, serta pendengar hadith Rasulullah S.A.W.

Nusaibah menceritakan sendiri pengalamannya ketika perang Uhud. Sebagaimana diungkapkan oleh Ibnu Sa'ad katanya : " Pada permulaan siang, saya pergi ke Uhud dan saya melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat yang berisi air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah S.A.W. yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah S.A.W, kemudian ikut serta ke medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah S.A.W. dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka."

Nusaibah sentiasa mempertahankan Nabi dalam pertempuran Uhud itu hinggakan Rasulullah S.A.W. berkata:

“Setiap kali aku menoleh ke kanan ataupun ke kiri, aku melihat Nusaibah berjuang mati-matian untuk melindungiku”

Tatkala Rasulullah S.A.W melihat luka yang dialami oleh Nusaibah lalu baginda berdoa

“Ya Allah. Jadikanlah sekalian keluarga Nusaibah ini teman-temanku di syurga"

Mendengarkan doa itu lalu Nusaibah berkata:

"Aku tidak hirau lagi apa yang menimpaku dari urusan dunia ini"

Demikianlah keberanian yang terlihat dalam diri Nusaibah yang telah mengibarkan panji-panji Islam. Dia berusaha sekuat dayanya untuk melindungi dan membela Rasulullah S.A.W. Nusaibah telah berjuang dan terluka dalam perang Uhud sebanyak 12 tempat di tubuhnya dan kemudiannya kembali ke Madinah dengan luka-luka perjuangan tersebut. Kemudian dia turut serta bersama Rasulullah S.A.W. untuk menunaikan Bai'atur Ridhwan, satu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah S.W.T.

RAIYAN pula bermaksud: Yang Puas, Yang Tidak Dahaga. Raiyan juga adalah nama bagi sebuah pintu di syurga di mana golongan yang suka berpuasa akan diseru namanya untuk memasuki syurga dari Pintu Ar-Raiyan itu.
Oct 4, 2004


i'm a girl..!!! my name is nusaibah... Posted by Hello


umur 3 hari, lena diulit mimpi Posted by Hello


nurse preparekan baby utk posing Posted by Hello


umur 1 jam Posted by Hello
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com