|
Dec 29, 2004 |
|
AKU HANYA UMAR - HIJJAZ
Dah beli dah pun kaset Hijjaz D.A.M.A.I yang original. Hijjaz berjaya "lari" dari trend mendendangkan nasyid-nasyid tentang srikandi atau watak perempuan. Kali ini mereka tampil dengan sebuah lagu tentang Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang ke-2 yang terkenal dengan gelaran Amirul Mukminin. Kira best jugaklah...
AKU HANYA UMAR
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Qur'an menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri dihadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Kubimbangi dialah diriku
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan |
|
|
Dec 24, 2004 |
|
AKSI NUSAIBAH
Nusaibah binti Kaab dalam peperangan Uhud mempertahankan Rasulullah S.A.W dari serangan kafir musyrikin dengan menggunakan perisai dan dirinya sendiri.
Nusaibah dalam gambar ini menggunakan sepenuhnya teknologi terkini yang ada bagi mempertahankan diri. Gambar di ambil oleh bapa saudaranya tanpa disedari oleh Nusaibah yang sedang khusyuk dengan aksi-aksi hebat sewaktu menjalani latihan.
Gambar ehsan Wan Muzaffar. |
|
|
Dec 13, 2004 |
|
HIJJAZ & CETAK ROMPAK
Aku tak tahu bila album baru HIJJAZ bertajuk DAMAI telah dilancarkan. Aku hanya terperasan kewujudan album tersebut bila membelek-belek himpunan CD-VCD yang berlambak di pasar malam tempohari.
Haritu pegi kedai kaset, tak de plak terperasan any album nasyid baru. Tanpa berlengah lagi, selepas bertanyakan harga dan tawar-menawar, aku berjaya mendapat sekeping CD Hijjaz terbaru tersebut denga harga RM 7. Lebih mahal lagi dari harga VCD movie yang kebiasaannya mempunyai 2 keping VCD dengan harga RM 5 sahaja. Tak paham aku.
Eh...Korang jangan pulak tuduh aku menyokong industri cetak rompak dan meruntuhkan industri nasyid tanahair. Aku janji nanti kalau jumpa kaset yang original tersebut, aku akan beli yang original. Ini hanyalah sebagai trial version......nak buat camner….dah terjumpa yang cetak rompak dulu. Nampak gayanya amaran kerajaan tentang gejala kerajaan ini tak diendahkan langsung. Malahan nampak gayanya terus subur berkembang. Lagipun permintaan sentiasa ada. Takat RM 5 tu, senang-senang jer keluar dari poket.
Semuanya ada 10 nasyid. Antaranya Ritma Kehidupan, Belaian Ibu, Aku Hanya Umar, Pemimpin Yang Adil dan lain-lain. Mari kita dengar dan hayati salah satu daripadanya. Kira banyak jugaklah yang best-best…
Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh...Ibu
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records
|
|
|
|
|