|
Feb 28, 2005 |
|
TOP 10 IT WISHES
Petikan dari akhbar The Star ceraian In-Tech. Oleh Radha Vengadasalam, Petaling Jaya. Saya salin 5 jer.
1. The introduction of automation in banks, for example, will reduce the cost of banking, not increase it 2. MyKard will be accepted by all authorities as the one and only document required, and that institutions of higher learning will just read from it instead of asking undergraduates to fill uo dozens of identification forms 3. I can actually use the Internet to book appointments with government departments and not turn up and wait for hours, reducing my productivity – which I then have to make up for by working late hours and long weekends 4. Government and corporate websites and e-mail addresses given actually function, and are not mothballed as soon as the ink on the cheque to the web designer fades 5. Corporations and public sector embrace IT to the fullest, and not use merely it as a catchword on their glossy brochures |
|
|
Feb 18, 2005 |
|
LOGO NOKIA
Gambar di ambil dari E-pamlet terbitan K-Media - Karisma (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia)
Gambar di ambil dari laman web Nokia |
|
|
Feb 13, 2005 |
|
BUKIT MERAH LAKEWOTN RESORT - 12-13 FEB 2005
Jom pi Bukit Merah Lake Town Resort pulak!!!! Ini sebagai reward kepada diri setelah berjaya menyiapkan sekitar 70% dari kerja-kerja menyiapkan bahan presentation dan assignment bagi subjek IT Policy & Strategy yang harus dibentangkan sekembalinya pensyarah dari menunaikan haji. Patutnya kalu siap 100% baru boleh dapat reward kan!!!! Tapi takpe, sekali-sekala jer tukar style reward. Lagipun bilik hotel dah FREE, tu pun banyak lagi kupon tak habis pakai.
Isi-isi Penting
1. Orang Utan Island - melihat telatah orang utan yang hamper menyerupai spesis manusia, Beza tang akal jer. Habis tu kalu diorang takde akal, wajarkah mereka ini digelar bodoh bila mereka lap air kencing kat kepala? Sebenarnya aku teringat babak di mana anak orang utan dimarahi oleh penjaganya bila dia bermain-main dgn air kencingnya. "Carlos ni memang bodoh betul lah!!!", kata penjaganya. Memang lah bodoh…..sebab dia tak dak akal.!!! 2. Chairlift - disebabkan peraturan tidak membenarkan budak kecil naik Chairlift, maka terpaksalah kami bertukar-tukar shift menjaga Nusaibah disebabkan ummi dan baba nya nak naik jugak-jugak Chairlift. 3. Ke Bandar Taiping - acara nie tak jadik sebab Taipaing jauh dari Bukit Merah. Takut juga tinggalkan Nusaibah sorang-sorang tidor di hotel. Walaupun meyakini Nusaibah tak akan jaga sekurang-kurangnya sampai jam 12 malam. Apalah ummi nie, tinggal anak sorang-sorang kat hotel sebab nak main game Daytona!!! 4. Eco Park - seronok la jugak sebab boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan dan binatang 5. SkyCycle - naik basikal atas rel, kayuh pakai tangan 6. WaterPark - mandi-manda sampai air masuk telinga
Berdasarkan isi-isi penting di atas, buatkan satu karangan bertajuk Kenangan di "Bukit Merah LakeTown Resort" tidak lebih dari 180 patah perkataan.
Di bawah ini disenaraikan checklist untuk harga dan destinasi yang ditawarkan oleh Bukit Merah LakeTown Resort. Ini sebagai altenatif kepada laman web Bukit Merah LakeTown Resort - http://www.bukitmerahresort.com.my yang tidak memaparkan keseluruhan harga pakej yang ditawarkan.
Jangan lupa membawa bersama Kad Touch n Go untuk mendapat diskaun 10% bagi setiap pembelian tiket. Banyak tuh boleh jimat. Kami kerugian RM 7.20 kerana terlupa nak bawak Kad Touch n Go !!!!
Senarai Harga
- Combo Package - RM 36 / RM 26 (Children)- Waterpark, Eco Park, Orang Utan Island, Chairlift or Skylcycle - Eco Combo Package - RM 19 / (RM 13 Children) - Eco Park, Orang Utan Island, Chairlift or Skylcycle - Waterpark - RM 21 / RM 16 - Eco Park - RM 10 / RM 7 - Orang Utan Island - RM 15 / RM 9 - Chair Lift - RM 4 - Sky Cycle - RM 4 - Sunset Cruise - RM 8 - Lake Tour - RM 10 - Night Cruise - RM 8 - The Hoot - RM 8 - Promotion "Night Cruise and The Hoot" - RM 10 |
|
|
Feb 11, 2005 |
|
CERAMAH ACHEH & ZIKIR
Dalam perjalanan pulang ke rumah mertua, singgah sebentar di Masjid Bandar Darulaman. Khabarnya ada ceramah oleh Kiyai dari Indonesia. Nama Kiyai tersebut ialah Kiyai Muhammad Arifin Ilham. Ribuan jugaklah hadirin yang hadir. Sekadar nak berkongsi info yang sempat dicatat menggunakan P900. Tak sempat nak catat banyak-banyak sebab bebudak mula mengerumuni nak tengok apa yang aku tulis.
- barangsiapa yang malas bertahajud, kedekut bersedeqah, takut berjhad, maka perbanyakkanlah zikir pada Allah nescaya akan dipermudahkan kesukaran tersebut. Tak pasti samada hadis atau kalimah ulama'. - Ibadat lain ada waktu dan batasnya. Solat. Puasa. Zakat dan Haji ada waktu dan tempoh hadnya. Tapi zikir special sebab ianya bebas dilakukan pada bila-bila masa sahaja. |
|
|
Feb 9, 2005 |
|
AWAL MUHARRAM n GONG XI FA CAI
Haritu dalam suratkhabar ada orang komen katanya Malaysia banyak sangat cuti. Katanya lagi, cuti yang banyak nie lah yang menyebabkan produktiviti kerja menurun. Apa punya orang daaa...cuti pun xnak. Nie mesti kes tak tahu nak buat apa bila cuti la nie. Atau hari bekerja baginya adalah seperti hari cuti jugak. Masa cutilah digunakan orang untuk berehat santai bersama keluarga, membeli-belah, berekreasi, menziarahi sanak saudara, rakan taulan, menjalankan atau menghadiri aktiviti kemasyarakatan, bermain, basuh basikal dan sebagainya.
Dan cuti sepanjang 5 hari nie, aku dah peruntukkan untuk aktiviti belajar sepenuh masa. Anak isteri pulang ke Bkt Mertajam. Rupanya susah jugak ek….nak bahagikan masa untuk belajar bila dah bekerja dan berkeluarga nie. Atau aku yang tak reti nak bahagikan masa? Setiap orang diperuntukkan 24 jam sehari. Tiada yang kurang atau lebih. Sebab tu lah pentingnya Time Management. |
|
|
|
|