IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Jun 29, 2005

PENGGUNAA SIMBOL (+) DAN (-) DLM SEARCH ENGINE

Contoh 1

Kalau nak tahu tentang kesemua bekas PM dalam satu artikel/laman web. Lakukan begini pada Search Engine

Abdul Rahman+Hussein Onn+Abd Razak+Mahathir

Contoh 2

Kalau nak tahu kesemua bekas kecuali Mahathir dalam satu artikel/laman web. Lakukan begini pada Search Engine

Abdul Rahman+Hussein Onn+Abd Razak-Mahathir

Contoh 3

Kalau nak dapakan berita tentang kes rasuah politik Tan Sri Isa Samad

Isa Samad+padang mahsyar

Contoh 4

Kalau nak dapakan berita tentang Tan Sri Isa Samad selain dari kes rasuah politik baru-baru ini

Isa Samad+politik-rasuah politik-padang mahsyar
Jun 18, 2005

AL-AQSA...KAMI BERSAMAMU

Lama sungguh tak dengar nasyid nie. Kali terakhir rasanya masa sekolah rendah kot. Dapat lirik nasyid nie pun dari sebuah buletin Quranic Youth Club UIA . Kalu sesape yang tahu bagaimana nak dapatkan nasyid ni versi MP3 bagitahulah saya. Teringin sungguh nak dengar.

Jauhku melihat sayup pemandangan
Hilang sendatawa pilu perasaan
Jantungku berdegup semakin kencang
Darahku mengalir bagai air pasang

Jauh di seberang pasir sahara
Islamku tertindas sehari-harian
Satu bangsa bongkak berjiwa haiwan
Semogakan turun kutukan tuhan

(chorus)

Al-Aqsa..Al-Aqsa..air matamu berderai
Al-Aqsa..Al-Aqsa..air matamu berderai

Duhai Al-Aqsa kurindu padamu
Duhai Al-Aqsa kusayang padamu
Engkaulah kiblatku yang pertama
Lambang keagungan Islam yang mulia

Kali pertama engkau dibebaskan
Oleh Salahuddin di zaman yang silam
Namun hari ini kau kan terkurung lagi
Siapa pula kan memerdekakan

Bangunlah bangunlah dari mimpimu
Berkurun lamanya kita terbuai
Ayuhlah...ayuhlah kita bersatu
Pertarungan ini belum selesai

Wahai umat Islam di seluruh dunia
Janganlah kita asyik bercakaran
Sekiranya kita asyik bercakaran
Musuh tersenyum bertepuk tangan
Jun 16, 2005

DAH ABIS BACA BUKU MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP

Sempat petik beberapa bait kalimat daripada buku tersebut. Buku ini mengisahkan tentang contoh-contoh jutawan senyap yang berjaya dengan hanya berjualan di pasar malam, di tepi jalan, di restoran dan sebagainya. Bagus untuk mereka yang berangan-angan untuk menceburi bidang perniagaan tapi belum berjaya menjadikan ianya sebanagi realiti.

Anda Patut Manjadi Kaya. Anda Tidak Berhak Menjadi Miskin. Hidup Di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Adalah Malang - Chef Li@Dr. Rusly Abdullah

Kehidupan sederhana mengikut ukuran Malaysia oleh Chef Li:

- ada pendapatan bersih antara RM 15,000 - 20,000 sebulan
- ada simpanan tunai RM 500,000 ke atas
- ada pelaburan lebih kurang RM 50,000
- ada rumah yang sempurna dan ada sedikit kebun
- sudah naik haji dan umrah
- tiada hutang piutang
- ada kereta sebiji dua, kereta yang mewah seperti Mercedes atau BMW
- sihat zahir dan batin

MUTIARA KATA

- Siapa Jutawan Senyap? - Mereka ini ada yang buta huruf, ada yang hanya bersekolah setakat darjah enam, ada yang janda atau ibu tunggal. Perniagaan yang mereka jalankan pula adalah daripada jenis perniagaan yang tidak ada "class"

- Apa gunanya ada perniagaan besar yang untungnya kecil?

- Jangan jadi seorang yang melihat tetapi.......tidak nampak

- Walaupun saya ada impian, ya...untuk mendirikan sebuah latihan keusahawanan, namun saya belum mempunyai tekad, keberanian dan semangat yang jitu. Hati saya masih dihantui keraguan. Setiap kali terlintas di fikiran untuk berhenti kerja...hati saya berdebar. Jiwa saya takut. Selama lima tahun saya hidup ketakutan, walaupun ada impian!

- Desakan boleh memberikan kita satu kuasa dan dorongan dengan kekuatan yang luar biasa. Orang yang berjaya ialah mereka yang pernah berada dalam situasi yang terdesak untuk berjaya. Kita akan merasa terdesak untuk berjaya apabila kepentingan kejayaan itu sangat kita rasai kerana kejayaan itu nanti akan memberi makna yang sangat besar dalam kehidupan kita.

- Jadi, bolehkah anda melatakkan diri di dalam situasi terdesak untuk berjaya?

- Kesemua mereka itu mempunyai tanggapan yang tidak begitu tepat tentang keusahawan. Lebih-lebih lagi perniagaan jalanan. Bagi mereka berjualan di pasar malam atau pasar lambak adalah pekerjaan bertaraf rendah. Berniaga di pasar malam bagi mereka hanya untuk orang yang sudah tidak ada pilihan lain lagi dalam kehidupan.

- Jika kita tidak berfikir secara usahawan, tidak menjalani hidup sebagai usahawan, tidur baring tidak sebagai usahawan dan berkawan tidak pula dengan kalangan usahawan - maka jiwa keusahawanan tidak akan tumbuh di dalam jiwa kita

- Islam memberitahu umatnya bahawa 9/10 daripada sumber rezeki datang daripada perniagaan. Islam menggalakkan umatnya menceburi perniagaan.

- Perasaan malu yang terbit sewaktu pertama kali mencul di hadapan orang ramai sebagai penjual adalah perkara semulajadi. Terimalah kenyataan bahawa bila ada perasaan itu bermakna kita ini masih seorang manusia yang normal. Semua orang apabila berada dalam situasi yang sama akan merasai perasaan yang sama.

- Kalau kita ada keinginan, kita harus nekad berusaha memenuhinya, tidak kira harus sampai ke mana kita membawa diri.
Jun 5, 2005

INTERNET LEMBAP

Kata CEO TM Net Sdn Bhd:

"Kandungan tempatan yang rendah dan kurangnya pemilikan komputer khasnya di kawasan luar bandar merupakan penyebab utama kelembapan liputan Internet di negara ini"

Cakap biar serupa bikin la tuan CEO. Kalau permohonan Internet khasnya Stremyx, sebulan dua baru nak diluluskan, alamtnya tahun 2020 lah baru semua org dapat Stremyx. Ye la, kalau sebulan boleh proses 20,000 permohonan, setahun baru 240,000. 10 tahun baru 2.4 juta. Baru 10% dr populasi penduduk Malaysia. Dah tahu tak mampu proses cepat, bagi la kerajaan offer provider lain lagi untuk merancakkan perkhidmatan Internet Broadband di Malaysia. Di Singapura khabarnya ada 6 syarikat provider broadband. Barulah ada persaingan yang pastinya akan menguntungkan pengguna.
Jun 3, 2005

PETUA KESIHATAN

Dipetik dari Utusan Malaysia - 3 Jun 2005

Petua Pak Ayob, berusia 103 tahun.

Amalan: Minum air panas yang baru mendidih dan makan sayuran yang telah berulat.

"Bagi Tok, sayuran segar sekarang tidak berkhasiat kerana telah disembur dengan ubat (racun) dan sebab itu ulat pun tidak mahu memakannya"
PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com