|
Sep 21, 2007 |
Signboard Ramadhan |
Tertarik dengan signboard ni bila tersesat menjelajah blog tadi. Tersesat di blog Mashizaki Keikan.
 Labels: tazkirah |
|
|
Sep 19, 2007 |
Nusaibaih 3 tahun. ic no: 040919 |
Hepi besday to u. Hepi besday to u. Hepi besday to IBAH.


 Labels: nusaibah |
|
|
Sep 12, 2007 |
Stok Baru T-Shirt Labuh Muslimah Sudah Sampai |
Klik dan download brosur di bawah untuk keterangan lanjut.
 Labels: promosi |
|
|
Sep 10, 2007 |
Beli tiket bas @ 30% - Mara Liner |
Tahukah kamu kita boleh membeli tiket bas pada harga diskaun sehingga 30%. Sebagai contoh perjalanan dari Kangar-KL = RM 32.90. Dengan tawaran ini anda boleh dapatkan ia pada harga RM 23.00. Tapi adalah juga syarat-syaratnya.
Antaranya :
Penjimatan 30% : Untuk pembelian 22 hingga 60 hari sebelum hari perjalanan anda* Penjimatan 20% : Untuk pembelian 8 hingga 21 hari sebelum hari perjalanan anda* Penjimatan 10% : Untuk pembelian 1 hingga 7 hari sebelum hari perjalanan anda* Penjimatan 3% : Untuk pembelian Klik & Beli selain yang tertera di atas termasuk hari Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan hari kelepasan umum.
*Terma dan Syarat 1) Penjimatan hanya diberikan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu sahaja. 2) Penjimatan tidak diberikan untuk pembelian tiket di kaunter MARA Liner. 3) Penjimatan tidak diberikan pada hari kelepasan umum dan cuti sekolah. 4) Pelanggan hanya berhak mendapat salah satu penjimatan pada satu masa.
Klik MARA Liner untuk maklumat lanjut.
p/s: penulis tidak mendapat apa-apa bayaran untuk promosi ini. sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua. |
|
|
Sep 6, 2007 |
MEMAHAMI MINDA JUTAWAN |
Dipetik dari Newsletter dari Dr Irfan Khairi
Dr Thomas J Stanley, penulis buku terlaris "The Millionairs Mind" telah membuat penyelidikan atas beratus-ratus jutawan untuk memahami, apakah sebenarnya faktor-faktor yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dari segi kewangan. Berikut adalah carta Millionaire's Mind menurut turutan:
1. Jujur dengan semua orang 2. Berdisiplin 3. Mesra dengan semua orang 4. Mempunyai teman hidup yang memahami 5. Bekerja lebih masa dari orang lain 6. Mencintai kerja atau karier mereka 7. Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat 8. Mempunyai daya saing yang tinggi 9. Teratur dan terurus 10. Kebolehan menjual idea sendiri atau produk sendiri
Sekadar highlight untuk diri sendiri 2 point dari kesemua points di atas.
Mempunyai teman hidup yang memahami ===================================
Ya, isteri atau suami yang memahami adalah antara faktor penting mencapai kecemerlangan kewangan! Teman hidup seseorang bakal jutawan perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk mencapai cita-cita yang tinggi. Pepatah Inggeris berbunyi "Behind every successful men, there's a women" - Begitu juga sebaliknya bagi golongan wanita yang berjaya!
Bekerja lebih masa dari orang lain ==================================
Secara purata, kebanyakan daripada kita bekerja 45-50 jam satu minggu. Mereka yang Berjaya dalam kewangan meluangkan lebih masa untuk kerja dan karier mereka. Kebanyakannya bekerja lebih dari 70 jam setiap minggu sehingga 90 jam setiap minggu. Ini jelas menunjukkan bahawa jutawan-jutawan ini kerja dua kali ganda lebih daripada orang biasa. |
|
|
Sep 4, 2007 |
Tanggal 31 Ogos |
M E R D E K A E R D E K A R D E K A D E K A E K A K A A
Ini sebenarnya sajak yang kumpulan kami present masa camping kat Empangan Bris Resort. Sajak 7 rangkap. Dan. Kumpulan kami tidak menang pun persembahan terbaik samada tempat 1, 2 atau 3.
Apa ingat malaysia ja ka boleh sambut 31 ogos. Kalu Malaysia dah umur 50 tahun merdeka. Namun bagi ku 31 ogos adalah ulangtahun ke-4 perkahwinan kami. Dah 4 tahun ek. Rasa macam baru jer. Kekadang rasa cam dah begitu lama. Aiseh.
Sayang, Terima kasih kerana sudi menjadi teman wanita, teman sepermainan, rakaniaga, isteri, ibu, teman tidur, teman bicara, teman driver dan sebagainya. Semoga Love is Cinta kita kekal selamanya. Meminjam kata-kata dari Saifulislam.com, ”You complete me“.
Tiada apa-apa celebration (tahun-tahun sebelumnya kita ada celebrate ker yang?) kali ini sebab aku berada di Sauk Sik menghadiri camping di sebuah resort di tepi Empangan Bris. Rupanya empangan tu baru lagi wujud, sekitar 2004. Tuan punya resort tu citer ikan-ikan kat empangan tu pandai-pandai belaka sebab ada sekolah dalam empangan tu. Masjid pun ada. Padang bola jer takde sebab tak tenggelam disebabkan kedudukan padang sekolahnya sebelum ni agak tinggi. Tiada gambar bukti sebab tak bawa kamera sebab bateri kong.
Baca entri teman wanita saya untuk kisah lipurlara beliau tentang 31 ogos. Saya tak tahu nak tulis apa lagi. |
|
|
Sep 3, 2007 |
Content Is King |
 Seminar yang menarik. Antara lain ianya membuka ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menceburi industri content. Pelbagai speaker dijemput. Dari Astro, Maxis, MDEC, MDV, MCMC, MOSTI dan beberapa usahawan content yang telah berjaya. Banyak juga geran yang kerajaan peruntukkan untuk menggalakkan kita menceburi bidang content nih. Geran weih....bukan loan. Tapi kena propose bebetul punya content yang baguih la.
Antara point penting yang saya ingat ketika menghadiri seminar tersebut:
- content is KING - technology is only delivery platform - content development is no OVERNIGHT business
Anyway, bagi sesiapa yang berminat untuk download kertas kerja dari seminar tersebut sila ke link berikut:- http://www.kedahict.com.my/ctendev/ |
|
|
|
|