IQRA' BOOKS

Buku Online2u
T-SHIRT LABUH MUSLIMAH

T-Shirt Labuh Muslimah

BELI QURAN ONLINE

Beli Quran Online
MY FLICKR
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
Mar 5, 2009
Penulis Bestseller Prof. Kamil ceramah di UiTM Perlis

Alhamdulillah, pagi tadi sempat dapat menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Prof. Kamil di UiTM Perlis. Dapat tahu pun bila baca blog Prof. Kamil walaupun sepatutnya tahu lebih awal sebab ayah dan ummi memang bertugas di UiTM Perlis, ternyata medium berita on-line/blog lebih pantas dari medium komunikasi konvensional.


Kebelakangan ni, biasanya lepas Subuh, 5 top website yang saya buka untuk rujukan santai dan motivasi harian ialah Mstar, Utusan, Harakahdaily, blog Prof. Kamil dan blog UniversitiPTS. Then buka website bisnes kami Tshirtlabuhmuslimah, BukuOnline dan QuranOnline tengok-tengok order pelanggan. Kalau ada masa akan jengah-jengah website Zaharuddin.Net dan SaifulIslam.com (kami juga ada letak iklan bisnes kami di website popular ni).

Apa lagi bila dapat tahu Prof. Kamil nak datang ceramah di Perlis, terus call En. Zulkimy PTS minta beliau hantarkan stok buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Sambil tu buat surat kepada UiTM Perlis minta kebenaran untuk buat jualan buku. Prof. Kamil sememangnya dah bersetuju dan siap offer khidmat autograf lagi kepada pembeli-pembeli buku beliau.

Alhamdulillah, semua buku tulisan Prof. Kamil (Travelog Haji-51 buah dan Travelog Dakwah-50 buah) habis licin, hanya berbaki 5 buah buku Travelog Dakwah dalam tempoh tak sampai 3 jam.



Semasa pendaftaran, sebelum ceramah bermula

Sewaktu ceramah berjalan

Selepas ceramah


Psiko sket, buat offer 3 buah buku RM 50, semua pakat ambil sorang satu set :-)

Lepas Prof. Kamil sign autograf dekat buku pembeli, kami apa lagi, mestila nak bergambar dengan Prof, selama nie dok baca ja blog Prof dan dok jual buku Prof ja, akhirnya dapat juga bergambar dengan Prof. Kamil (kami tak da Astro kat rumah, so memang tak pernah dengar langsung Prof. bagi ceramah).

Walaupun apa yang Prof sampaikan dalam ceramah adalah seperti yang diceritakan dalam buku Travelog Haji, tapi bila dengar ceramah auranya lebih menusuk kalbu, menginsafkan dan bisa mengalirkan air mata bila diceritakan tentang kebesaran Allah berbading kekerdilan kita sebagai manusia. Sangat terkesan dengan konsep DOA yang dihighlightkan penceramah sebagai senjata yang Allah bagi percuma untuk kita gunakan cumanya kita sahaja yang tak mahu menggunakan senjata yang cukup ampuh itu dalam kehidupan kita.

Ringkas Tapi Signifikan. Saya sukakan tag itu. Ceramah Prof membuka ruang fikir untuk refresh semula azam-azam yang tertangguh yang ingin dicapai.
  1. DOA - tahu memang ia satu senjata ampuh, tapi cukup liat dan malas untuk menadahkan tangan, merayu pada yang MAHA BERKUASA. Lepas solat pun tak berapa rajin nak DOA.....ish..ish...
  2. Solat Sunat Dhuha - dah lama berazam nak iltizam dengan solat sunat Dhuha ni, tapi tak berapa nak berjaya...memang best dengar Prof baca doa Dhuha tadi, ada tulis dalam buku Prof rasanya, tak pun nanti kita Google kan je la cari....ingat nak hafal la doa tu
  3. Baca Qur'an consistency - ini pun satu cabaran, come on....
  4. Tahajjud - oh ! Tak kan nak tahajjud masa program qiyamullail jer.....Wait !! Settlekan 5 waktu solat berjamaah di masjid dulu, dah makin merosot nampaknya...
  5. dah..dah....banyak sangat nanti semua terlingkup.

Nota: Prof, lepas ni kalau Prof. datang bagi ceramah di sebelah utara ini, kami nak ikut sama tolong jual buku-buku Prof. :-). Sekali event boleh jual 100 buah buku kira ok la tu. :-)

Labels: ,

Mar 3, 2009
Perasmian Plaza Kangar oleh Menteri Usahawan

Setelah hampir setahun beroperasi, akhirnya Plaza Kangar tempat di mana IQRA' BOOKS beroperasi telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Terima kasih Datuk Menteri kerana sudi melawat ke IQRA' BOOKS. Beliau mencadangkan kami expand dalam bisnes stationary (ada dalam master plan kami) sebab ada pembiayaan francasi di bawah agensi kementerian beliau. Sempat menghadiahkan beliau buku Travelog Dakwah kepada Datuk Noh Omar, mana tahu kot-kot beliau boleh promote kat rakan-rakan menteri yang lain.


Sebelum Datuk Noh Omar datang melawat IQRA' BOOKS, borak-borak dengan Pengarah UiTM Perlis, Dr. Hamidi dan Koordinator MEDEC, Dr. Amran. Diorang datang terima serahan KIOSK oleh MARA kepada UiTM untuk siswa belajar selok-belok perniagaan dalam kampus. Saja risik-risik kot ada peluang bisnes dalam UiTM (tempat bermain kira-kira dulu). Next week Insha Allah, kami akan usahakan satu proposal bisnes dalam kampus UiTM Perlis.


Labels:

Feb 7, 2009
Kenduri

Hari ni jalan-jalan gi kenduri kahwin teman-teman sepengajian di universiti dulu. Sempatla jumpa beberapa orang geng Imran, Lan, Edd, Hadi dan Khirijal.

Tahniah Zubir Azhar dan Norliyana Mohd Akil.


Esoknya menghadiri kenduri schoolmate di sekolah Islah dulu, Fatimah puteri Dr Danial Zainal Abidin motivator dan penulis buku tersohor di Malaysia dengan Dr Badlishah (Unimap).


Banner Doa Pengantin Baru dari IQRA' BOOKS tergantung elok di Dewan Jubli Emas tempat majlis perkahwinan mereka disadakan. Terima kasih kerana sudi menggantung banner kami. Jumpa lagi di Perlis nanti.

Labels:

Feb 5, 2009
Politik Perak

Nama mereka-mereka ini cukup popular sekarang. Saja nak tumpang populariti. Nak abadikan juga nama-nama mereka dalam blog ni. Mana tahu leh dapat hits.:-)

Gambar di atas adalah gambar kepada: -

Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang)
Mohd Osman Jailu (Changkat Jering)
Hee Yit Foong (Jelapang)
Datuk Nasaruddin Hashim (Bota)

Nota: Gambar di"copy" dari blog Arielasso dalam entri bertajuk BERUK pun ada MARUAH.

Labels:

Jan 26, 2009
Song for Gaza - We Will Not Go Down

Lagu Palestin yang best untuk dilayan....download here


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Dec 26, 2008
Mobile Number Portability (MNP)

Ayat bangga.......

Congratulations! Your CELCOM service has been activated. Pls insert your CELCOM SIM Card now to start enjoying the Fastest Network, Widest Coverage & Best Rates.

Ayat sedih tapi cover.......

We acknowledge your request to move. Thank you for being with Maxis and we hope to serve you again in the future. For further queries, please call 1800 821 123.

\

Labels:

Dec 20, 2008
Selamat Pengantin Baru (2)

Selamat Pengantin Baru kepada adikku Wan Aisyah dan "adik ipar" Shahrir Rizal.





Unit multimedia majlis perkahwinan....speaker tak power langsung.....harap notebook jer kecik

Labels: ,

PROFILE
Yahoo!
Gmail
Jaring
Friendster
Flickr
Celcom


See my complete profile
TWITTER
    follow me on Twitter
    [Most Recent Quotes from www.kitco.com]
    CHIT-CHAT
    KRONISMA
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::ibah::
    ::tasneem::
    ::wan aisyah::
    ::wan aminah::
    ::wan salahuddin::
    ::wan balqis::
    ::wan muzaffar::
    BLOGGER
    ::raiyan-my girlfriend::
    ::missapple::
    ::muntalaq::
    ::hukamak::
    ::kamal san's::
    ::nitro::
    ::sudut dunia::
    ::fateh muntazar::
    ::janna::
    ::moeh::
    ::abu handzalah::
    ::ainul::
    ::adikcome::
    ::nixk::
    ::ilham qalbi::
    ::titian hidup::
    ::elmafraqi::
    ::eyzzahbatrisyia::
    ::fuhairah::
    ::mamaimran::
    ::Fakhrurrazy::
    PREVIOUS POSTS
    ARKIB
    KREDITS
    TRAFICC JAMMED



    Powered by

    © biCara seoranG musaFir. Blogspot Template by Isnaini Dot Com