|
May 30, 2008 |
Signboard : Iqra' Books |

Signboard baru IQRA' BOOKS sudah siap. Signboard ini ditaja oleh MARA.Labels: bisnes |
|
|
May 26, 2008 |
Ihtifal Sambutan 20 Tahun MATRI |
 23-25 Mei 2008 kami berkampung di Perkampungan Tunjung sempena Expo dan Majlis Ihtifal dan Sambutan 20 Tahun MATRI. Alhamdulillah jualan agak baik juga. Rasa best bila dapat berniaga dalam perkampungan sekolah Islam yang dikelilingi pelajar-pelajar yang kelihatan berperwatakan baik dan berakhlak. Nampak kita ditegurnya dengan salam dan juga senyuman.
"Assalamu'alaikum Pak Cik!"
Entah la semenjak dua menjak ni, kalau jumpa pelanggan di kalangan pelajar-pelajar jer mesti diorang panggil pakcik kat aku....Eh ! Dah tua sangat ker aku ni a? Ish..ish..belum masuk kepala 3 lagi. Tak patut ! Tak patut !Labels: gerai |
|
|
May 23, 2008 |
Tak Puas Hati dengan Blogger baru : Tun Mahathir |
Aku mula tulis blog sejak tahun 2002 lagi. Sebelum tu pun dah buat website sendiri (pakai Geocities) selepas mengenali dunia Internet tahun 1998.
Tadi aku ada buka satu blog blogger baru. Ada satu entri dalam blog beliau dapat "hit comments" sampai 684 komen. Aku memang tak puas hati betul la. Aku ni yang dekat 10 tahun berblog tak pernah rasanya nak dapat "hit comments" lebih dari 10 komen. Yang blogger baru nie senang-senang jer dapat hit yang banyak giler.
Kesimpulan: Jom kita pakat-pakat keluar UMNO.Labels: politik |
|
|
May 22, 2008 |
3 bulan tak bukak e-mail Jaring |

2614 e-mail. 139MB. Tak tau la berapa lama nak boleh baca. Besaq juga ruang storan akaun Jaring sekarang nih. Tak macam dulu 10MB jer. Yahoo yang free pun kasik lebih 1GB. Takkan yang berbayar nih tak leh kasik besar juga. Dulu tiga hari tak buka e-mail dh "bounced". Sekarang Alhamdulillah.Labels: e-mel |
|
|
May 19, 2008 |
Wajah Baru |
Sebelum ni rasa tak bersemangat nak update blog sebab dah bosan dengan templete blog yang lama.
Terima kasih Qis tolong setupkan new templete untuk blog ni. Tak de la best sangat rasanya desain templete kali ni. Tapi at least ada "a new look". Nanti kalau terjumpa templete yang cantik lagi, kita tukar lain.Labels: blog |
|
|
May 15, 2008 |
Opick |

Kali pertama aku mendengar lagu dendangan Opick ketika Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 baru-baru ini. Lagu beliau berkumandang di booth Ar-Risalah Products / Al-Hidayah Publishers. Tak pasti pula lagu mana satu yang terdengar masa tu, tapi memang menusuk kalbu. Sambil dok melilau ternampak VCD dengan title nama Opick. Tengok harga, tu dia... dekat RM 40 rasanya. Cepat-cepat bukak PDA, lalu salin nama "Opick" sebab terfikir kalau lagu nih popular mesti pakcik Google boleh tolong carikan MP3 nyer. :-)
Sampai sekarang dok layan lagi lagu-lagu Opick nih. Bila search kat dalam Internet, rupanya Opick ni dah lama popular, mungkin sebelum tahun 2005 lagi.
So far nasyid beliau yang paling aku suka dengar ialah Rapuh, tak tahu pula nasyid mana yang bebetul top kalau kat Indonesia.
Jom kita hayati lirik lagu Rapuh
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata kupersembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMuLabels: nasyid |
|
|
May 13, 2008 |
Akaun, akauntan dan ....... |
Walaupun secara formal aku dah berhenti dari kerja buat kira-kira akaun, tapi aura akaun yang ada dalam diri mungkin mengheret diri ini untuk masih buat kerja-kerja akaun kampeni orang yang leceh ni. Nak kata leceh tu xdelah leceh sangat. Seronok sebenarnya buat kerja-kerja akaun nih. Tapi masalah aku satu jer, aku kalau buat kerja-kerja akaun ni mesti concentrate dan fokus kalau tidak memang akan terbengkalai la. Lagi-lagi kalau buat akaun secara part-time. Bukan nak buat sangat pun, tapi dah terheret sejak dari masa kerja dulu lagi. Tapi, Alhamdulillah dan nak settle tak berapa lama lagi. Lepas ni ingat tak nak dah engaged dengan mana-mana akaun unless aku terpaksa “charged” as per “professional fees” lah, baru ada rasa tanggungjawab sikit untuk finished the job properly dan on-time. Kalau tak baik aku buat akaun kampeni sendiri jer……
Baru-baru ni terbaca dalam paper kata masih wujud masalah kekurangan akauntan di Malaysia. Ini disebabkan ramai akauntan sekarang berhijrah ke luar negara yang pastinya memberikan imbuhan yang lebih menarik untuk jadi lebih cepat kaya. Aku ingat dah berlebih dah akauntan since dah banyak sangat dah sekrang ni IPT offer courses Accounting. Rupannya akauntan Malaysia dah bertaraf antarabangsa, sampai tak cukup kat negara sendiri.Labels: kerjaya |
|
|
May 8, 2008 |
Blog Nusaibah |
 Terima kasih Cik Qis kerana telah menyiapkan blog Ibah.
Jom singgah blog Ibah. Nanti besar, Ibah boleh baca semua catatan harian Ibah masa kecik-kecik kan.
Blog Ibah
|
|
|
May 1, 2008 |
Pesta Buku Perlis 2008 |
Alhamdulillah. IQRA' BOOKs menyertai Pesta Buku Perlis buat kali kedua. Penyertaan peserta dilihat agak berkurangan berbanding tahun lepas. Tak kurang 5 booth dilihat kosong. Samada kurangnya promosi oleh pihak penganjur atau memang tidak mendapat sambutan.
Namun penyertaan orang ramai rasanya macam meningkat sedikit berbanding tahun lalu. Tak sempat tengok data. Tapi sehari sebelum berakhir rasanya lebih 20,000 pengunjung. Tapi itu termasuk rombongan sekolah yang datang dengan bas-bas sekolah.
Promosi oleh pihak penganjur rasanya agak mengecewakan. Banner hanya dinaikkan beberapa hari sebelum Pesta Buku berlangsung. Promosi mungkin hanya setakat kepada sekolah-sekolah saja. Promosi kepada orang ramai dilihat agak berkurangan.
SALES, hmmm.....boleh la lepas sewa booth yang mahal giler - RM 1,500.00 + upah pekerja (Balqis). Meningkat sedikit berbanding tahun lepas rasanya. Nampaknya takde cara lain dah kalu nak increase kan SALES...melainkan dengan menambah sewa BOOTH. Kena banyak belajar dari orang lama seperti Kedai Buku Banggol nih. Depa orang luar, tapi buat sales banyak giler di tempat orang. Mesti cecah ratus ribu rasanya sales diorang tahun nih.
Nak upload gambar (banyak sebenarnya gambar posing masa Pesta Buku kali ni), tapi malang sekali, kamera hilang pada hari terakhir Pesta Buku...sedih betul.
Pulak tu, gondola besi yang besar gedabak tu pun boleh hilang...banyak betol ujian kami kali nih...
Sabar je la... |
|
|
|
|