|
Mar 5, 2009 |
Penulis Bestseller Prof. Kamil ceramah di UiTM Perlis |
Alhamdulillah, pagi tadi sempat dapat menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Prof. Kamil di UiTM Perlis. Dapat tahu pun bila baca blog Prof. Kamil walaupun sepatutnya tahu lebih awal sebab ayah dan ummi memang bertugas di UiTM Perlis, ternyata medium berita on-line/blog lebih pantas dari medium komunikasi konvensional.
Kebelakangan ni, biasanya lepas Subuh, 5 top website yang saya buka untuk rujukan santai dan motivasi harian ialah Mstar, Utusan, Harakahdaily, blog Prof. Kamil dan blog UniversitiPTS. Then buka website bisnes kami Tshirtlabuhmuslimah, BukuOnline dan QuranOnline tengok-tengok order pelanggan. Kalau ada masa akan jengah-jengah website Zaharuddin.Net dan SaifulIslam.com (kami juga ada letak iklan bisnes kami di website popular ni).
Apa lagi bila dapat tahu Prof. Kamil nak datang ceramah di Perlis, terus call En. Zulkimy PTS minta beliau hantarkan stok buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Sambil tu buat surat kepada UiTM Perlis minta kebenaran untuk buat jualan buku. Prof. Kamil sememangnya dah bersetuju dan siap offer khidmat autograf lagi kepada pembeli-pembeli buku beliau.
Alhamdulillah, semua buku tulisan Prof. Kamil (Travelog Haji-51 buah dan Travelog Dakwah-50 buah) habis licin, hanya berbaki 5 buah buku Travelog Dakwah dalam tempoh tak sampai 3 jam.
Semasa pendaftaran, sebelum ceramah bermula
Sewaktu ceramah berjalan
Selepas ceramah
Psiko sket, buat offer 3 buah buku RM 50, semua pakat ambil sorang satu set :-) Lepas Prof. Kamil sign autograf dekat buku pembeli, kami apa lagi, mestila nak bergambar dengan Prof, selama nie dok baca ja blog Prof dan dok jual buku Prof ja, akhirnya dapat juga bergambar dengan Prof. Kamil (kami tak da Astro kat rumah, so memang tak pernah dengar langsung Prof. bagi ceramah).
Walaupun apa yang Prof sampaikan dalam ceramah adalah seperti yang diceritakan dalam buku Travelog Haji, tapi bila dengar ceramah auranya lebih menusuk kalbu, menginsafkan dan bisa mengalirkan air mata bila diceritakan tentang kebesaran Allah berbading kekerdilan kita sebagai manusia. Sangat terkesan dengan konsep DOA yang dihighlightkan penceramah sebagai senjata yang Allah bagi percuma untuk kita gunakan cumanya kita sahaja yang tak mahu menggunakan senjata yang cukup ampuh itu dalam kehidupan kita.
Ringkas Tapi Signifikan. Saya sukakan tag itu. Ceramah Prof membuka ruang fikir untuk refresh semula azam-azam yang tertangguh yang ingin dicapai.
- DOA - tahu memang ia satu senjata ampuh, tapi cukup liat dan malas untuk menadahkan tangan, merayu pada yang MAHA BERKUASA. Lepas solat pun tak berapa rajin nak DOA.....ish..ish...
- Solat Sunat Dhuha - dah lama berazam nak iltizam dengan solat sunat Dhuha ni, tapi tak berapa nak berjaya...memang best dengar Prof baca doa Dhuha tadi, ada tulis dalam buku Prof rasanya, tak pun nanti kita Google kan je la cari....ingat nak hafal la doa tu
- Baca Qur'an consistency - ini pun satu cabaran, come on....
- Tahajjud - oh ! Tak kan nak tahajjud masa program qiyamullail jer.....Wait !! Settlekan 5 waktu solat berjamaah di masjid dulu, dah makin merosot nampaknya...
- dah..dah....banyak sangat nanti semua terlingkup.
Nota: Prof, lepas ni kalau Prof. datang bagi ceramah di sebelah utara ini, kami nak ikut sama tolong jual buku-buku Prof. :-). Sekali event boleh jual 100 buah buku kira ok la tu. :-)Labels: bisnes, books |
|
|
Mar 3, 2009 |
Perasmian Plaza Kangar oleh Menteri Usahawan |
Setelah hampir setahun beroperasi, akhirnya Plaza Kangar tempat di mana IQRA' BOOKS beroperasi telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Terima kasih Datuk Menteri kerana sudi melawat ke IQRA' BOOKS. Beliau mencadangkan kami expand dalam bisnes stationary (ada dalam master plan kami) sebab ada pembiayaan francasi di bawah agensi kementerian beliau. Sempat menghadiahkan beliau buku Travelog Dakwah kepada Datuk Noh Omar, mana tahu kot-kot beliau boleh promote kat rakan-rakan menteri yang lain.
Sebelum Datuk Noh Omar datang melawat IQRA' BOOKS, borak-borak dengan Pengarah UiTM Perlis, Dr. Hamidi dan Koordinator MEDEC, Dr. Amran. Diorang datang terima serahan KIOSK oleh MARA kepada UiTM untuk siswa belajar selok-belok perniagaan dalam kampus. Saja risik-risik kot ada peluang bisnes dalam UiTM (tempat bermain kira-kira dulu). Next week Insha Allah, kami akan usahakan satu proposal bisnes dalam kampus UiTM Perlis.
Labels: bisnes |
|
|
|
|