Alhamdulillah, KRJ PERLIS berjaya menghantar 10 orang peserta diiringi seorang pengiring ke KEM XREK 2009 di Kem Impian Resort, Sg. Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
Kami berangkat dengan bas Transnasional dari Kangar. Sampai di Puduraya time Subuh, then kami berjalan kaki terus ke Masjid Jamek.
Sehabis Subuh, peserta lelaki sembang-sembang dengan imigrant dari UK, siap testing bacaan Al-Mulk lagi. Kelihatan Amrullah Hakimi anak Ust Ahmad Daud (Terengganu) memperdengarkan hafazan Al-Mulk sambil di videokan. Katanya nak hantar ke UK untuk selection masuk Tahfiz.
Sebelum naik bas, pekena teh tarik dengan roti canai dulu kat restoran sebelah Central Market.
Akhirnya sampai juga ke simpang YADIM selepas perjalanan turun naik 2 buah bas berpandukan arah tuju yang dibekalkan oleh pihak penganjur. Pun begitu direction dari pihak penganjur tak tepat juga mujur kami dok tanya driver RapidKL yang baik hati.
Tunggu kenderaan datang pick-UP masuk ke dalam kem. Call driver penganjur tak dapat, tumpang ikhwah Kedah, akh Ihsan, ikhwah N9, akh Shamsuri dan juga akhi Qayyum Hafidzi.
Selepas pendaftaran pekena nasi lemak pula kat restoran depan kem. Atuk Syahmi R Badlishah(peserta Perlis) tetibe muncul nak jumpa cucunya dari Perlis. Kasih dan rindu seorang datuk dan nenek pada cucunya.
Inilah khemah tempat tinggal peserta selama 2 malam 3 hari.
Sedap juga makan nasi lauk sardin dengan telur dadar.
Bijak juga diorang nie, buat agreement peserta perempuan tolong masak, peserta lelaki tolong basuhkan bekas-bekas.
Ooi, bukan takat bawa tin sardin, siap bawa bekal serunding lagi tuh.
Tunggu akhawat masak makanan, lepak jer diorang nie.
Aktiviti mandi-manda selepas Trekking.
Acara bergayut merentasi sungai dan merangkak masuk dalam terowong berair. Memang best dan berlumpur.
Sesi Ice-Breaking dan pembahagian kumpulan
dari kanan - Syahmi R Badlishah, Ismail Ibrahim, Muaz Zulkarnain, Hafiiy Radzi dan Hakimi Ahmad Daud.
Nasi kurang masak kata peserta lelaki, hentam sajalah....
Tukang masak peserta XREK Perlis, rileks jer masak, macam main masak-masak pulak
Hari last, breakfast beramai-ramai, idea bang Long nak save time .....
Team XREK Perlis dan Penang posing sebelum balik, terpaksa pulang awal takut tiket bas habis nanti kena raya kat hutan.....hadiah pun tak sempat ambil. Huhu.
Pose istimewa peserta lelaki bersama pengiring Perlis dan Penang Menunggu bas SJ terus ke Puduraya |